Penguatkuasaan Polisi Keselamatan Katalaluan Domain Dan Emel KPM

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pengurusan Maklumat telah mempertingkatkan polisi kata laluan domain dan emel rasmi KPM selaras dengan amalan baik yang terdapat pada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 (Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik). Sehubungan itu YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan di pohon untuk menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian berdasarkan kriteria berikut:

a) Kata laluan baru mesti tidak boleh sama dengan dua (2) aksara awal bagi nama penuh pengguna
b) Kata laluan hendaklah mempunyai saiz sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol khas. Contoh kata laluan yang baik adalah “j2-yU!pa”. (AMARAN: Jangan guna kata laluan ini kerana ianya telah diketahui umum)
c) Kata laluan hendaklah diubah sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan.
d) Elakkan dari menggunakan semula satu (1) kata laluan yang terdahulu.
e) Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana media. Dilampirkan panduan ringkas penukaran katalaluan domain