INFO PPDB

PERUTUSAN PEGAWAI PPDB

Sekapur Sirih Seraut Restu

Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahterah

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan dan daya usaha yang dibuat dalam membangunkan laman web rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Beaufort dan merasa amat gembira dan kagum di atas penerbitan laman web yang julung kalinya dapat direalisasikan ini.

Laman web ini merupakan satu saluran perhubungan diantara warga Pejabat Pelajaran Daerah Beaufort dan juga warga pendidik serta masyarakat,yang berperanan menyalurkan segala maklumat penting,aktiviti,program serta perkembangan terkini Pejabat Pelajaran Daerah Beaufort.

Di samping itu,selain menyalurkan maklumat,web rasmi ini juga memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan keaktifan sesebuah organisasi serta pencapaian sebagai petanda aras yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saya berharap dengan usaha gigih dan aktiviti berterusan serta daya fikiran yang cukup inovatif dapat mempertingkatkan pencapaian Pejabat Pelajaran Daerah Beaufort dari semasa ke semasa dengan satu hati, satu kata membina generasi Malaysia Yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Selamat Maju Jaya

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

SALLEH HJ MOHD EDDRIS
Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort