Nombor Fail Peribadi Peringkat Ibu Pejabat

Semua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Semua Pengetua SMK, SM, SMKA, SMT, SMV, SMS Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Guru Besar SK, SRK, SJK(C)   Kerjasama tuan/puan adalah dipohon bagi memastikan setiap anggota di Pejabat / Sekolah tuan/puan telah mempunyai Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat. Nombor Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat bermula dengan JP(SB)/………   Jika masih ada anggota tuan/puan yang belum mempunyai nombor Fail Peribadi tersebut, sila arahkan anggota tersebut mengemukakan satu salinan Borang Maklumat Diri berserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki ke Unit Perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada   ENCIK DAHLAN BIN MOHD.YASIN NO.TEL : 088-513443   Unit Perkhidmatan SKPP, JPN Sabah

Buku Perkhidmatan Kerajaan (Bpk) Untuk Dituntut

Semua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Semua Pengetua SMK, SM, SMKA, SMT, SMV, SMS Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Dimaklumkan Unit Perkhidmatan, SKPP JPN Sabah telah menerima Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) bagi anggota-anggota yang bertukar masuk ke Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. BPK mereka masih dalam simpanan Unit Perkhidmatan memandangkan PENEMPATAN MEREKA DI SABAH TIDAK DIKETAHUI. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta menyemak senarai yang tertera di bawah ini dan berhubung dengan Pn.SASIAH SIANGAH (KPT BPK) No. tel. 088-513438 untuk mendapatkan BPK tersebut.

Pengemaskinian Penghantaran Buku Perkhidmatan Kerajaan (Bpk) Bagi Anggota Yang Bertukar Tempat Bertugas

Semua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah,
Semua Pengetua SMK, SM, SMKA, SMT, SMV, SMS
Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2009, Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) kakitangan tuan / puan telah diagihkan ke Pejabat tuan/puan. Sehubungan dengan itu, jika berlaku pertukaran anggota, tuan/puan diminta agar dapat memastikan BPK anggota itu dapat dikemaskini dengan segera dan dihantar ke tempat bertugas yang baharu berserta dengan Sijil Gaji Akhir. Penghantaran BPK tersebut hendaklah tidak melebihi 3 bulan selepas dari tarikh pertukaran anggota tersebut.

Unit Perkhidmatan
SKPP, JPN Sabah

Penguatkuasaan Polisi Keselamatan Katalaluan Domain Dan Emel KPM

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pengurusan Maklumat telah mempertingkatkan polisi kata laluan domain dan emel rasmi KPM selaras dengan amalan baik yang terdapat pada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 (Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik). Sehubungan itu YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan di pohon untuk menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian berdasarkan kriteria berikut:

a) Kata laluan baru mesti tidak boleh sama dengan dua (2) aksara awal bagi nama penuh pengguna
b) Kata laluan hendaklah mempunyai saiz sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol khas. Contoh kata laluan yang baik adalah “j2-yU!pa”. (AMARAN: Jangan guna kata laluan ini kerana ianya telah diketahui umum)
c) Kata laluan hendaklah diubah sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan.
d) Elakkan dari menggunakan semula satu (1) kata laluan yang terdahulu.
e) Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana media. Dilampirkan panduan ringkas penukaran katalaluan domain

Waktu Bekerja Dalam Bulan Ramadhan Tahun 2012M/1433H

Sukacita dimaklumkan bahawa waktu bekerja sepanjang bulan Ramadhan Tahun 2012 adalah tidak berubah. Walaubagaimanapun, Pegawai / Kakitangan adalah dibenarkan balik ½ jam lebih awal mengikut Waktu Peringkat (WP) yang dipilih berdasarkan pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007. Kebenaran ini diberikan dengan syarat pegawai / kakitangan memendekkan waktu rehat dari 1 jam ke ½ jam. Semua Pegawai Pelajaran Daerah dipohon untuk memanjangkan  surat ke sekolah dibawah seliaan masing-masing dan dengan itu surat edaran dari Pejabat Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Ruj : JP(SB)/900(01)/100(27) bertarikh 20 Julai 2012 adalah terbatal. ~Surat Edaran Pengarah~